Wednesday, November 8, 2017

Grato Plus Bangi

Assalamualaikum.

Setelah digembar gemburkan pada entri sebelum ini, yeahh akhirnya entri Grato Plus membuat kemunculan pertama disini. Ya Allah berfikir aku nak up ke tak sebab ..

Pertama, gambar tak cantik
Kedua, dah makan sikit, baru ingat nak amik gambar
Ketiga, sebab ada Remy Ishak. HAHAHHAA takda kena mengena. Aku tau

credit pic: Amalina @ Nana

Adalah satu haritu, aku nampak kawan sekolah aku update kat Twitter, dia dinner dekat sini. Terus aku berkata dalam hati ..
Nanti nak makan sini lah. Nak makan sebijik macam ni.
Ok, tiba harinya which is Sabtu lepas sebab semua ada dekat rumah, aku ajaklah makan sini. Oh fyi, bukan family aku je ada. Tapi bestfriends Ma semua join sekali.

Mari tengok menu.


 

 
  
The menu. Harga ok je. Sebab aku cakap aku nak makan sebijik gambar Nana, aku amik set Super Combo tu. HAHAHAHAHAA memang sebijik lah cerita dia. Memang super betul. Super Tak Sabar!


Teh O Ais kegemaran.


Tiba-tiba paksu whatsapp dekat group. Wow dinner dengan Remy Ishak uolls.


Super Combo , RM29.90 
Verdict? olio pasta tu sedap gilaaaaaaaaaaa! Pedas dia fuhh meleleh siot. HAHAHAHAH. Kambing dia, hmm aku tak suka. Sampai tekak terasa kambing tu. Ayam dia sedap. Isi banyak. Sauce dia pun sedap! Overall, licin! HAHAHAHHAA lapar kan?

Sebab lepak Grato sampai pukul 10 lebih, aku sempat IM FB Grato tapi sampai sekarang dia tak reply. Hmmm sampai hati.


No 6, Jalan 3/7, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor


Instagram : Grato Plus Bangi

No comments:

Post a Comment