Friday, December 22, 2017

Tak sabar nak terbang dengan Malaysia Airlines!

Assalamualaikum.

Kalau sebut pasal Malaysia Airlines, apa je yang akan terlintas dekat laluan fikiran korang tu? hmm ... Duty Freeeeeeeee! Yessssss. Sesambil berlegar kat hall tu, cuci mata lah uolls dengan perfumes, chocolates dan macam-macam lagi. Haa perokok tegar syok lah. Boleh dapatkan rokok secara carton dan murah. Haa ni aku tak sarankan. No No!


Used to be Top 10 World Best Airlines, Top 10 World Best Cabin Staff and holding 5 star title. Yes, we as Malaysian should be proud of it. Walaupun Malaysia Airlines telah mengharungi pelbagai peristiwa sedih sejak beberapa tahun kebelakangan ini tapi aku percaya, warga Malaysia Airlines mahupun rakyat Malaysia sendiri sentiasa support each other 💪 


Sekarang pun Malaysia Airlines masih lagi struggle untuk dapatkan kepercayaan daripada semua pihak, tak kira siapa pun agar tiada yang berhenti menggunakan perkhidmatan mereka. Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pihak Malaysia Airlines antaranya memberikan pelbagai tawaran menarik. Bak orang putih kata unbelievable promotion! 😧 Haaa seronok bukan?

Weh tu baru mukadimah! Aku semakin gila dengan mukadimah yang panjang berjela! HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH takpelah at least korang focus. Aku ada story nak cerita tentang peluang yang cousin aku dapat.

Cousin aku BERJAYA untuk grab ticket promotion yang Malaysia Airlines buat. Paling best, All-in-one weh! Aku tau je, terus aku murung! Sebab dia tak ajak aku T_T Dapat pulak Business Class, manalah aku tak murung. Cousin aku cakap dia tak pernah terfikir pun nak naik Business Class since dia cakap naik Economy pun dah habis bersyukur dah!


Tu lah, bila peluang datang, apa yang kita perlu buat selain grabbing the chance? Betul tak? Memang rezeki dia lah tu. Naik Business Class tu antara angan-angan yang aku sendiri tak tau bila aku boleh merealisasikan ia untuk menjadi satu kenyataan. Yelah, dah lah naik Business Class, dapat layanan tiptop pulak. Haa part paling best, MAKANAN yang super enak, yang ala-ala taraf five stars punya weh. Fuhh! Itu baru dalam flight. Kalau dekat lounge dia pulak? Lagilah macam-macam, dengan pilihan makanan yang pelbagai, eh buffet lagi. Siapa tak suka? Tak payah rebut-rebut kannnn… *awan timbul atas kepala*



Yang aku tau, kalau dah naik Business Class, korang akan ada laluan sendiri yakni laluan express untuk passenger Business and First Class untuk security dan immigration checking. Wow bolehlah feeling vvip lalu situ. Waahahha. Memang korang takkan bertembung dengan passenger Economy lah cite dia. Nak lagi cepat, haa check in siap-siap dekat Malaysia Airlines Online check in. Tak payah fikir pasal boarding ke apa. Lepak kat lounge tengok kdrama sambil makan a full meal set 😋😁

Aku adalah tanya dekat cousin aku, macamana dia boleh dapat tiket business class murah? Haa terkejut punya pasal, kpochi terus pejah 😅
Traveloka.
Satu perkataan yang cousin aku cakap. Aku tau akan kewujudan Traveloka ni tapi tak pernah guna since aku banyak travel guna kereta je weh. Sis tak mampu lagi naik flight. Hehehe.

Cousin aku cakap guna Traveloka adalah cara terpaling mudah dan pantas. Tak payah bukak website airlines satu-satu. Masuk je dalam Traveloka, isi details macam tarikh and tempat korang nak pergi, haaa satu-satu airlines dia list kan. Korang hanya pilih yang terpaut dihati korang je. Kalau terpaut hati aku, habis duit aku. Hehehhe. So tak payah korang terkejut sangat kalau korang tengok harga ticket more cheaper than harga official airlines website lah. Seghonok kau! 💃🕺 

Kalau korang nak purchase airline tickets, make sure korang guna incognito mode on your browser. Incognito ni macam private browsing lah. Kalau yang suka check harga tickets pagi pastu terkejut bila dah petang, harga jadi lebih mahal, ini dinamakan technical trick ye anak-anak. Bila korang masuk website airlines, dorang akan letak cookies untuk detect lokasi kita. Bila korang asyik bukak pastu tutup pastu bukak (aku lettewww), dorang akan assume korang ni tak ready nak purchase. Bila korang tengok harga dah naik, haaa baru naik akai. Baru kabut nak beli bagai. Masa tu nak nangis pun takda feel dah sebab harga dah naik. Ok takda kena mengena kan tapi yeahhh.

Jadi, gunalah incognito atau private browser untuk elakkan emosi korang terganggu. Lagi sekali, macam aku lettewww 🙄

Ni semua pesanan dari cousin aku. Gigih tak aku taip balik apa yang dia share dengan aku? Hoii aku kan kakak sedara fav beliau. Haruslah aku share. Kan ke prinsip aku benda best, kena share? Jadi layarilah website Traveloka untuk mengetahui promosi terkini dengan Malaysia Airlines !

Happy Traveling!

credit picture: KLIA, Google, MAS, Pexels

Thursday, December 14, 2017

December 11

Cuti Umum di Selangor gais!
Jarang ni office aku cuti, jadi aku kenalah cuti kan walaupun aku berharap bos aku cakap
eh tak jadi cuti
Muaahahhaha mimpi je semua tu. Qilalalaa cakap aku pelik. Pelik apa tah -.-

Anw, Assalamualaikum dulu.

Sempena cuti umum pada Dec 11, macam-macam aktiviti aku buat. Since Baba dengan Achik kerja (aku jeles!), jadi keluarlah kami berempat yakni aku, Ma, Zikri dan Adik. Kemanakah kita?



Yes, memulakan pagi cuti umum di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Aku dah 2x datang sini tapi first time lah untuk exercise ke apa benda ni. Banyak jugaklah kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Oh ada jugak senamrobik ke zumba ke apa semua tu. Siap dua tingkat uolls. Dasyat tak? Aku tak try sebab berat bontot. HAHAHA malas. Oh OBike pun ada kat sini. Silalah install apps OBike ya )

Lepas jogging apa semua tu, singgah makan kat mamak depan Metro Point. HAHAHAHAH sia-sia lah berjalan / berlari anak dekat tasik tadi kan tapi sebab aku sedar diri baru lepas buat senaman, maka aku makan roti banjir sekeping je. Selalu dua keping .. Kesian perut aku, lapar. 

Lepas dah makan, yeahh kita exercise tangan dan cara menghayun pulak di ...   

 
Yeahhh !! 


Kita main bowling pulak gais. Main dua lorong dengan kawan-kawan Ma. Memang meriah habislah walaupun tuan belog tak reti main -.-" Hmm memalukan betullah. Gaya dah ada macam pemain bowling negara tapi tulah, kalau tak reti main tu, memang tak reti lah jugak. Buatlah macamana pun tapi bolehlah strike sekali, spare dua kali *berlagak*

Memang. Bukan korang je perasan. Aku sebagai tuan badan, tuan belog, jugak perasan akan diri ini yang semakin membesar dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Mana tak nya, setiap masa aku lapar. Sekarang ni dalam bag aku wajib ada makanan. Tak kira lah apa pun. WAJIB ada makanan. Nampak tak kenapa aku mengembang? hmm..

Lepas main bowling, dah lunch hour. Lapar. Seee! Setiap masa lah aku lapar. HAHAHAH. Jadi berangkatlah kita ke tempat yang menjual nasi campur dekat area Kajang tu. Janganlah tanya aku kat mana sebab aku tak tau. Hmm mungkin aku tau tapi tak tau nama tempatlah..

Lepas tu ..


Hi durian!


HAHAHHA kau mampu lepas makan tengahari, terus belasah durian pulak? Mampu ke dak perut tu? Banyak ok! Berbiji-biji, berulas-ulas aku telan. Alhamdulillah kenyang. Semoga orang yang belanja ni dimurahkan rezeki. Amin. P/S: Aku lah orang terakhir bangun dari meja azimat tu. HAHAHHAHA 

Eh belum lagi habis disitu. Lepas makan durian, singgah sekolah ma sebab ma ada hal. Tu pun sempat beli aiskrim dekat motor tu. Padahal perut dah senak, dah cari toilet bagai. Tapi tulah, kalau dah kuat makan TETAP lah makanan dicari dulu. Then balik.

Malam tu, aku tunggu ma dengan baba makan. Bila aku dengar ma baba keluar bilik je, aku pun join keluar sekali dan yeahhh it's time to mencekik lagi ! HAHAHHAHA. Makan malam pulak. Makan apa tah aku lupa. Lepas makan, aku rasa kenyang gila.

Sedang jam menunjukkan pukul 00:30am, aku masih berjaga sebab tak boleh tidur. Mungkin kepanasan akibat makan durian melampau sangat kan. Mendapatlah malam tu. Tiba-tiba .... perut aku berbunyi LAGI. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA

Jadi ..


 
Dah lah. Bye.

Wednesday, December 13, 2017

My Third Article!

Assalamualaikum.

Kita kembali bersiaran di bulan akhir untuk tahun ini. Since aku tengah free sekarang, jadi moleklah aku update korang the latest article yang aku dah published dekat Zcoop baru-baru ni. Alhamdulillah akhirnya ada juga idea nak datang setelah beberapa bulan menyepi. Wow ayat kemain sangat -.-

 
nama diberi.


Nak baca lagi?

Boleh click badge Zcoop sebelah kanan blog ni dan akan terpampanglah tiga articles yang telah aku buat hasil idea aku dan teman-teman. Tapi aku tau korang malas nak cari kan? Nah aku bagi ---> article

By the way, a big thanks to Najla sebab dia yang bagi idea untuk latest article ni. Kalau tak, memang tak wujudlah tajuk ni dalam column aku. Hehehe. Thanks Naj!

Aku ingat lagi masa tu aku dalam kereta tengah meredah hujan lebat gila dekat Perak, sesambil melihat keluar cermin tu, aku scroll Twitter and nampak tweet Najla. Aku reply. Eh dia reply jugak then tetiba dia bagi idea. Hmm lama dah idea ni. Aku ada je buat rangka dia tapi tulah nak perah otak untuk kembangkan cerita tu yang malas. Ambil masa.

Dan akhirnya siap selepas aku dapat email dari Ms Editor tanya takda apa-apa ke? Nahhhh gigih aku siapkan :)

Wahahahha I is busy. Kadang-kadang tak busy tapi buat-buat busy. Biasalahh ....

Happy reading gais ^^