Thursday, December 14, 2017

December 11

Cuti Umum di Selangor gais!
Jarang ni office aku cuti, jadi aku kenalah cuti kan walaupun aku berharap bos aku cakap
eh tak jadi cuti
Muaahahhaha mimpi je semua tu. Qilalalaa cakap aku pelik. Pelik apa tah -.-

Anw, Assalamualaikum dulu.

Sempena cuti umum pada Dec 11, macam-macam aktiviti aku buat. Since Baba dengan Achik kerja (aku jeles!), jadi keluarlah kami berempat yakni aku, Ma, Zikri dan Adik. Kemanakah kita?



Yes, memulakan pagi cuti umum di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi. Aku dah 2x datang sini tapi first time lah untuk exercise ke apa benda ni. Banyak jugaklah kemudahan yang disediakan untuk pengunjung. Oh ada jugak senamrobik ke zumba ke apa semua tu. Siap dua tingkat uolls. Dasyat tak? Aku tak try sebab berat bontot. HAHAHA malas. Oh OBike pun ada kat sini. Silalah install apps OBike ya )

Lepas jogging apa semua tu, singgah makan kat mamak depan Metro Point. HAHAHAHAH sia-sia lah berjalan / berlari anak dekat tasik tadi kan tapi sebab aku sedar diri baru lepas buat senaman, maka aku makan roti banjir sekeping je. Selalu dua keping .. Kesian perut aku, lapar. 

Lepas dah makan, yeahh kita exercise tangan dan cara menghayun pulak di ...   

 
Yeahhh !! 


Kita main bowling pulak gais. Main dua lorong dengan kawan-kawan Ma. Memang meriah habislah walaupun tuan belog tak reti main -.-" Hmm memalukan betullah. Gaya dah ada macam pemain bowling negara tapi tulah, kalau tak reti main tu, memang tak reti lah jugak. Buatlah macamana pun tapi bolehlah strike sekali, spare dua kali *berlagak*

Memang. Bukan korang je perasan. Aku sebagai tuan badan, tuan belog, jugak perasan akan diri ini yang semakin membesar dengan begitu cemerlang, gemilang dan terbilang ini. Mana tak nya, setiap masa aku lapar. Sekarang ni dalam bag aku wajib ada makanan. Tak kira lah apa pun. WAJIB ada makanan. Nampak tak kenapa aku mengembang? hmm..

Lepas main bowling, dah lunch hour. Lapar. Seee! Setiap masa lah aku lapar. HAHAHAH. Jadi berangkatlah kita ke tempat yang menjual nasi campur dekat area Kajang tu. Janganlah tanya aku kat mana sebab aku tak tau. Hmm mungkin aku tau tapi tak tau nama tempatlah..

Lepas tu ..


Hi durian!


HAHAHHA kau mampu lepas makan tengahari, terus belasah durian pulak? Mampu ke dak perut tu? Banyak ok! Berbiji-biji, berulas-ulas aku telan. Alhamdulillah kenyang. Semoga orang yang belanja ni dimurahkan rezeki. Amin. P/S: Aku lah orang terakhir bangun dari meja azimat tu. HAHAHHAHA 

Eh belum lagi habis disitu. Lepas makan durian, singgah sekolah ma sebab ma ada hal. Tu pun sempat beli aiskrim dekat motor tu. Padahal perut dah senak, dah cari toilet bagai. Tapi tulah, kalau dah kuat makan TETAP lah makanan dicari dulu. Then balik.

Malam tu, aku tunggu ma dengan baba makan. Bila aku dengar ma baba keluar bilik je, aku pun join keluar sekali dan yeahhh it's time to mencekik lagi ! HAHAHHAHA. Makan malam pulak. Makan apa tah aku lupa. Lepas makan, aku rasa kenyang gila.

Sedang jam menunjukkan pukul 00:30am, aku masih berjaga sebab tak boleh tidur. Mungkin kepanasan akibat makan durian melampau sangat kan. Mendapatlah malam tu. Tiba-tiba .... perut aku berbunyi LAGI. HAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA

Jadi ..


 
Dah lah. Bye.

2 comments:

  1. so, kiranya cuti sepanjang hari makan jela? hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha laaaaaaaaaaa. pastu stress. duhhh

      Delete