Monday, January 8, 2018

Happy 9th Birthday, Adik !

Assalamualaikum.

First and foremost, Happy 9th Birthday Muhammad Faiz Aziz Bin Azmi! Kakak doakan Adik panjang umur, jangan selalu emosi / sentap, jangan asyik menangis je dan WE LOVE YOU!

 Amaran, ini adalah entri panjang yang penuh dengan gambar. 

Walaupun birthday Adik harini (8hb) tapi Adik dah bergembira sejak hari Sabtu dan Ahad. Dasyat tak dasyat? Tapi still tak boleh lawan kakak dia ni. HAHAHHAA.

So Sabtu, Ma Baba buat makan-makan sikit dekat rumah Opah. Ramai weh datang. Almost 100 jemputan? Orang ingat majlis tunang iolls! HAHAHAHA belum lagi belum lagi. Ada nanti, akan diuar-uarkan di station tv berhampiran. Eh amboii.

 

Since Adik minat gilaaaaaaaaaaa dengan bola, Ma telah pun menempah sebiji kek padang bola untuk Adik. Jangan tanya aku apa team fav dia sebab aku hmm macam malas nak ambil tau. Hhahaha.

 

Antara ahli keluarga yang datang. Actualy ramai je datang. Family belah Sepang datang, belah maktok pun datang. Oh thank you Farah sebab sudi datang. Eh Naufal (anak Farah) jugak!

 

Sebenarnya kiteorang semua tak plan pun nak bertema hitam tau. Tapi bila hari kejadian yakni hari Sabtu, masing-masing macam terkejut eh kenapa semua hitam?!


Popia Sira by Busu, requested by me me meee~~! Aku request tapi sebiji pun aku tak makan. Aku dah ambil 3 biji (dalam gambar), aku ambil gambar lepas tu aku tak terasa nak makan, jadi aku bagi dekat meja Mak Lang aku. So dorang makan. Pastu majlis dah habis, baru aku perasan popia dah takda. Hahaahha bengong pejah.

 -------

Siblings Day Out ❤

Last kiteorang keluar berempat hmm, lama dah. Tu pun dekat Aeon Cheras Selatan je. Dan kali ni, kiteorang pergi jauh sikit; ke Times Square lah kita!

Last aku pergi TS masa TS ni baru bukak. Jadi kedai pun tak berapa nak banyaklah cerita dia. While Achik datang area TS untuk kerja. Adik dengan Zikri memang tak pernah jejak so dorang berdua agak excited. Eh aku jugak :D


Sampai je TS, terus alas perut. Biasalah makan dan hmm pejah tak dapat dipisahkan :)
 
 

Oh yeah, motif utama kiteorang jejak TS adalah kerana Theme Park! Since ma dah belikan tiket masa Matta Fair haritu, jadi kiteorang cuma beli kad yang berharga RM10 (RM5 deposit + RM5) untuk game yang tak include dalam tiket. Jangan risau, korang boleh topup card tu kalau isi RM5 tadi tu dah habis dan bila korang nak balik, silalah pulangkan balik card ni dan akan dapat balik RM5 tu. Oh dengan baki sekali kalau ada.


Birthday boy
 
 




Tepat 2:30 pm, baru melangkah keluar. Ikutkan Adik, dia memang nak tidur terus dalam tu. Hahahahha. Taknak keluar. Apalah dik -.- Takpe lah, nanti dah tinggi sikit, kita datang lagi. Adik punya ketinggian tidak mencapai piawaian untuk dua game terpenting dalam tu.


Yes, dua game ni. And for me, achievement unlocked!
 

Lepas habis main dekat theme park, perut lapar gilaa weh. Dah berGhazal buat Rabiah dalam perut. Hahahaha. Nak makan McD, penuh pulak. Nampak pulak sebelah dia ada Sushi King, eh jomlah! Adik kan penggemar sushi!
 

Habis makan, kiteorang berlegar-legar dalam TS tu untuk cari hadiah Adik tapi tak jumpa yang berkenan. Kalau ada pun, mahal sangat dan merepek sangat. So marilah kita balik. Haa nak balik pun sama. Siap tersalah turun station weh. HAHAHAHA penat jangan cakap. 

Malam tu, keluar lagi pergi beli hadiah Adik. Finally Adik ada sepasang kasut bola. 

Sekian. Happy Birthday Gedik!

No comments:

Post a Comment