Monday, February 19, 2018

Happy 10th Birthday, Bloggie ❤

Assalamualaikum.

Bloggie turns 10 today! Happy 10th Birthday, Bloggie

Macam tak percaya, dari aku Tingkatan 5 sampailah dah hmm nak masuk 27 tahun ni, aku masih setia dengan Bloggie. Omg macam tak percaya, banyak dah masa aku terbuang dekat sini rupanya. HAHAHAHA. Cerita jangan cakap, banyak merepek dari fakta. Tapi dulu. 

Sekarang blog dah penuh dengan informasi-informasi terkini lagi padu. Lagi-lagi hal makanan. Itu aku tak pernah salah info. PASTI. CONFIRM! HAHAHHAHA

19 Februari 2008, entri pertama yang aku post dekat blog. Bila aku baca balik entri pertama ni, aku gelak. Kenapa? Perghh tulisan aku.. dasyat! Macam tak pernah belajar Bahasa Melayu je dekat sekolah. HAHAHAHA menangis cikgu-cikgu aku kalau tau aku eja macam tu T_____T

To be frank, aku rasa cara penulisan aku sekarang lebih matang kalau nak dibandingkan dengan zaman aku masih sekolah; masih belajar. Emosi pun kadang-kadang kelaut, apatah lagi gaya penulisan kan..

Aku tak cakap cara menulis aku sekarang dah power tapi personally, aku suka penulisan sekarang. Lebih kemas, lebih padat dan lebih ada isi. Tapi biasalah, kadang-kadang ada je buat entri yang tak berilmiah. Kenapa? Sebab nak feeling zaman mula-mula tulis blog. Hahahha suka sangat merepek -.-

Ada sampai satu tahap, aku share semua benda dekat blog. Which is tak semua orang suka dengan apa aku share. Serious talk. Ada orang cakap benda ni dekat aku. Since dari tu, aku cuba untuk tidak terlalu share benda-benda yang aku rasa akan buat orang annoying dengan aku, blog aku, dan nama aku sendiri. Eh dah besar kan? :)

Dengan blog jugak, aku dapat peluang berkolaborasi dengan ramai orang. Alhamdulillah, rezeki blog namanya. Aku pun suka menulis walaupun ayat aku takdalah umphh mana pun. Jadilah untuk aku kongsikan pendapat aku sebagai seorang manusia bernama Faizah Azmi.

Dengan blog jugak, aku kini punya satu colomn dekat Thread by Zalora. Alhamdulillah jugak ni walaupun JARANG update article.

Mudah-mudahan aku diberi peluang untuk menulis sampai aku tutup mata. Insyaallah.

Happy Birthday, Bloggie!

Wednesday, February 14, 2018

Seminggu cuti woii !

Holiday mood.

Assalamualaikum.

11:06 am, aku dah get ready untuk memulakan percutian CNY yang akan bermula dalam beberapa jam je lagi. Hehehe kebanyakkan kawan-kawan aku jealous. Adakah anda salah seorang dari mereka? HAHAHHAHAHAHHAH lek ah, cuti je pun. Bosan kot cuti lama-lama.

Ok, kerja pun aku dah siapkan since Lesung suruh siapkan awal. Jadi sekarang aku cuma update excel aku jelah, and aku dah print out. Buat apa excel tu? Eh kerja-kerja persendirian aku lah. Apa aku nak buat, nak beli. Ha semua kena compile kan dalam satu excel. Beli atau tak, tu belakang kira. Yang penting niat. 

Takda kena mengena, aku tau.

Tapi korang ok je kan walau ayat-ayat aku ada atau takda kena mengena en? So layan jelah. Plus aku macam dah lama tak menulis / menaip. Nak kata takda masa, ada je weh tapi aku malas. Hehehe

Aku punya article dekat Zcoop pun lama tak update tu. Matilah kena kejar dengan Editor lepas ni. Sorry Ms., I busy lately. Haa tetiba. Takda idea lah T_T

Ok, ex supervisor aku masa aku practical whatsapp aku ni sebab pagi tadi aku wished birthday dia. Yes, birthday dia, satu dunia celebrated kau. Syok ke tak tu?!

Hmm apa lagi aku nak taip ni. Boring dah.

Kejap lagi nak buat spec baru. Setelah hampir dua tahun tak bertukar, meh lah kita tukar baru dan aku rasa macam nak back in normal in terms of spec. Jadi aku harap kedai tu adalah spec yang kena dengan jiwa aku. Kalau tak, kita cari kedai lain! HAHHAHAHAHAHAAH

Dah lah, perut aku dah berbunyi ni. Bila nak makan?